We Meant Together (Double A)
ABOUT LINKS ENTRY DASHBOARD FOLLOW
2012~2013 . awesome
Tuesday, January 8, 2013 , 0 Comment

Assalamualaikum ..

Boleh tak kalau aku nak under masa ke belakang ? ppfftt ! Sepanjang tahun 2012 . Kita nak cakap pasal sekolah memang banyak kenangan masa Form 4 . Gelagat budak 4 Akaun 2 (4AK2) . Haish ! RINDU KAT KORANG WOI ! *padahal tadi dah jumpa kat sekolah .. Asyraf , Shahrul Nizam , Amir , Norman ,Haziq , Riduan , Hazim , Zaki , Firdaus  . Semua abang-abang aku kat kelas 4AK2 :D . Kiteorang dah macam adik beradik . Kalau perempuan ... malas nak tulis nama korang kawan , ramai kot . Sorry :D . Korang pun macam adik-adik aku jugak . Kita Satu Keluarga :D  *kecuali sorang tu . Dalam kelas aku duduk sebelah Asyraf . Kiteorang penah bermusuh dulu , dan sekarang kiteorang kawan baik :D .  Aku selalu pergi kantin dengan Firdaus pastu Norman atau Haziq suruh beli keropok lekor RM1 , Kalau aku pulak suka beli Karipap dan selalunya karipap nya dah habis . lol . Alasannya budak form 5 dah beli pagi pagi . Sabar jelah . Hari Rabu dan Khamis ada PJ , budak lelaki tak pernah melepaskan peluang untuk bermain bola di padang . Kekadang sampai 3 masa kiteorng main . Tamat waktu sekolah , Aku , Asyraf , Zaki , Firdaus solat Zuhur sama sama pastu tunjuk macho kat kantin . haha ! Kiteorang ada create game baru iaitu "PERMAINAN MEREPEK" . Siapa kalah kene buad benda merepek . Dalam pukul 2.30 , Aku , Asyraf , Abu(4AK1) pergi library untuk menambah ilmu pengetahuan *baca surat khabar je kekadang ada jugak baca buku lain . Kelas kiteorang jugak memang banyak buat events . Leader nya aku lah . haha. Tahun "honeymoon" sebelum SPM. Tak lupa pada cikgu-cikgu yang ajar kiteorang . Cikgu Bahri is my favorite :D . Cikgu Indawati , Cikgu Hjh Rimah , Cikgu Syarini , Cikgu Syafiah , Cikgu Maimunah dah pindah . hmm .. :(

(Telling The Truth And Making Someone Crying Is Better Than Telling A Lie And Making Someone Smile ~ NA) . This sentence a really-2 change me a lot . Terima Kasih kepada Najwa Atiqah . Walaupun hanya 3 bulan je . Saya rasa kita dah macam 3 tahun . hmm . Aku Rindu Kau ! arrgghh ! *BPeluche jgn salah faham pulak tau :* . Double A tak suka cerita pasal dia . So , tak payah la . Hm . L .

Bermula la Sesi Persekolahan 2013 yang merupakan sesi TERAKHIR aku bersekolah .. wuuu .. YEAH !! We Gonna Party Like 3012 Tonight ! Boleh tidur sepanjang hari , tak payah pikir pasal hw atau segala-galanya pasal sekolah . Awal2 dah berangan . Oh ! Saya memang kuat berangan atau erti kata lain suka berimaginasi tapi tak lah teruk sangat . =D . Ok .. Tahun ni bukan lagi tahun untuk main-2 or "honeymoon" bak kata cikgu . Tahun ni lah aku kena buktikan yang aku juga adalah pelajar cemerlang walapun sebelum ni result exam yang lepas agak teruk sikit macam penunggang motor langgar lori pastu kene langgar pulak kereta Kancil . Teruk sikit kan? . Sijil Pelajaran Malaysia iaitu SPM adalah dimana matlamat aku ingin mendapat result yang cemerlang ! Amin .. Subject yang aku target adalah Sejarah,BI,Matematik Moden,Prinsip Akaun,BM . Yang lain bukan tak target tapi markah kejap naik kejap turun . Musim sekolah pun dah start , Awal tahun kat sekolah macam bersemangat pulak . Yelah , First Day kat sekolah . Lagipun kelas kat blok baru tapi tak lah baru sangat . Dah masuk kelas duduk titbe Daus cakap , “Tak ada budak baru ke ? “ haha . Aku pun cakap . “Kalau ada aku yang ngurat dulu” . Muka dalam kelas semuanya sama je , tak ada muka budak baru . Seperti yang aku cakap tadi , Ini tahun bukan main2 . So , Hwaiting !! *Lompat2 bersemangat .

Wahai pembaca blog , Doakan saya berjaya . boleh ? . Amin.. Terima Kasih :D
Aku doakan yang terbaik untuk kamu semua . AMIN~ . Terima Kasih =D
RIZAL RAZAK <3
Disclaimer

Assalamualaikum. I'm Rizal. Without innocence, I'm SPM's victim this year. [n_n]



Tagboard



Twitter :3




OLDEST »
Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.